Pekan Kuah

Nikmatilah keriangan syurga beli-belah Pekan Kuah

Berjalanlah di sekitar pusat komersial Langkawi yang terkenal dengan pelbagai pusat beli-belah, kedai bebas cukai dan hotel mewah. Puaskan diri anda dalam pelbagai pilihan barangan berharga yang berpatutan termasuk minuman beralkohol, rokok, coklat, perkakas memasak dan minyak wangi. Kunjungilah tempat menarik di pekan tersebut, daripada tugu bersejarah sehingga pelbagai taman.

Tempat menarik:
• Dataran Lang
• Taman Legenda
• Masjid Al-Hana
• Pusat beli-belah dan kedai bebas-cukai

Lebih kurang dua puluh minit dari resort.