Nikmati bayu laut yang hangat dan deburan ombak yang menenangkan memukul bot. Lembayung senja yang memukau akan mencetuskan pengalaman percutian yang mendamaikan jiwa . Sambil mengagumi Taman Alam yang menjadikan Pulau Langkawi dan matahari terbenamnya sebagai tarikan yang mengasyikkan, minumlah dari bar terbuka. Pilihlah mana-mana bir, wain, likuour, koktail dan jus buah-buahan yang beraneka jenis.
Hiruplah pina colada, hayunkan kaki anda sambil bersantai di jongor kapal dan rasai ketenangan terunggul. Sesuatu yang mesti dinikmati adalah Jakuzi Air Masin. Terjun ke dalam jaring lebar yang tergantung di permukaan lautan. Pelayaran akan menyebabkan ombak memukul lembut belakang anda sambil anda berbaring, serta menciptakan kenikmatan berada dalam sebuah Jakuzi. Layari merentasi bahagian tengah lautan sambil meneguk bir, sambil melihat corak langit berubah menjelang senja.
Selepas pengalaman berendam hangat yang menakjubkan di laut, nikmati jamuan barbeku gourmet yang disediakan segar di hadapan mata anda. Juadah yang mengenyangkan ini merupakan sentuhan pengakhiran yang sesuai kepada hari yang sangat mengujakan. Kepelbagaian ini menarik dan lazat, dengan makanan laut, pasta, salad, sate, ayam dan banyak lagi juadah citarasa Asia dan barat.
Dalam pelayaran pulang ke pesisiran, nikmati pemandangan malam di Resorts World Langkawi yang indah Pencahayaan kuning mencahayai lembut seni bina ala Portugis, menjadikannya sangat menakjubkan untuk dilihat pada waktu malam.
Tempat Menarik:
• Pemandangan laut dan matahari terbenam yang indah
• Jakuzi air masin
• Pesta Jamuan barbeku gourmet
MAKLUMAT TERKINI
Dapatkan berita, cerita dan makluman terbaharu eksklusif
© {{year}} Hak Cipta Terpelihara - Genting Malaysia Berhad 198001004236 (58019-U).