Image credit: @yu.sg_life, @feliciagrace91/ Instagram 

8 Aktiviti Menarik Yang Boleh Anda Lakukan di Langkawi 


Pulau Langkawi cukup terkenal dengan kisah legenda Mahsuri dan pulau-pulau yang menakjubkan dengan suasana yang indah. Digelar permata Kedah, syurga dunia ini merupakan destinasi tumpuan bagi mereka yang mencarikan percutian tepi pantai. Anda merancang untuk ke Langkawi dan memerlukan beberapa idea menarik tentang apa yang boleh anda lakukan? Berikut adalah 8 aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Langkawi untuk menggunakan masa anda sepenuhnya di sini!


1. Beriadah di tepi pantai yang menenangkan

chenang1500x500

Image credit: @achik_cua_new/Instagram

Image credit: @wany_zin/ Instagram

Image credit: @c__age/ Instagram

Pantai Cenang merupakan tarikan terkenal buat kalangan pelancong yang terletak hanya 20 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Terkenal untuk aktiviti kehidupan malam, kafe trendy dan pelbagai pilihan restoran dan bar di tepian pantai, pantai ini digelar sebagai ‘destinasi paling happening di Langkawi’. Ia juga merupakan lokasi yang sempurna buat mereka yang mahu untuk berkelah mahupun berjemur, dan di malam yang tertentu, terdapat persembahan api di tepi pantai. Perkhidmatan percuma bas shuttle juga ada disediakan dari Resorts World Langkawi.

Jika anda minati sukan air, Pantai Tengah ada semuanya! Di sana, anda boleh mencuba pelbagai aktiviti sukan air seperti banana boat, surfing malah jet ski. Resorts World Langkawi hanya terletak 6 minit dengan menaik kereta daripada pantai ini.

Tanjung Rhu terletak di sebelah timur laut Langkawi yang mempunyai pemandangan indah menusuk kalbu. Di sini terdapat pelbagai restoran yang terletak di sepanjang pantai, seperti restoran terkenal Scarborough Fish & Chips.

 

2. Snorkeling di Laut Andaman

Image credit: @zetotravel/ Instagram

Image credit: @h2ocean_trv/ Instagram

Anda boleh ke Pulau Payar untuk pengalaman snorkeling terbaik, sebuah lautan marin dengan perairan jernih di mana anda boleh melihat hidupan laut unik, dan jika anda bernasib baik, anak jerung! Pelbagai perkhidmatan pelancongan menawarkan pakej pemindahan bot ulang alik termasuk dengan makanan. Bagaimanapun, taman marin kini ditutup buat sementara waktu kerana sekatan COVID-19.

Arca Dasar Laut ialah inisiatif yang baru dilancarkan dengan kerjasama sembilan artis Malaysia oleh Balai Seni Lukis Negara, dan juga memegang gelaran sebagai arca dalam air paling banyak di Malaysia dalam Buku Rekod Malaysia. Terletak di Pulau Pasir, anda boleh lakukan aktiviti snorkeling di antara 14 arca tanah liat yang diilhamkan daripada pelbagai mitos dan legenda nusantara. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan menaiki bot dari pantai Tanjung Rhu.

 

3. Melawat hutan bakau yang subur

Image credit: @carolchtlt/ Instagram

Image credit: @elamouroux/ Instagram

Rumah kepada biodiversiti yang kaya dalam hutan bakau yang luas, Kilim Geoforest Park ialah sebahagian daripada Rangkaian Geopark Global UNESCO. Semasa anda berada di sini, apa kata melawat formasi batu kapur purba, meneroka gua kelawar, memberi helang makan dan juga menjamu selera di atas restoran terapung!

 

4. Nikmati pelayaran makan malam sambil mengamati matahari terbenam

Image credit: @tropicalchartersofficial/ Instagram

Bertolak dari jeti Resorts World Langkawi, pelayaran istimewa ini pastinya pengalaman unik yang anda tidak mahu ketinggalan. Naiki kapal layar persendirian dari marina kami dan terokai laut terbuka sambil berjemur di bawah sinaran hangat matahari terbenam. Kala menikmati pelayaran romantik ini, anda juga boleh melompat ke atas jaring yang luas semasa bot sedang belayar untuk menikmati jakuzi. Selepas itu, jangan lupa untuk rasai jamuan barbeku gourmet.

 

5. Rasai hidangan tempatan dan sajian kulinari antarabangsa

Image credit: @foodpicsputas/ Instagram

Image credit: @yeohenji/ Instagram

Apabila anda menginap di Resorts World Langkawi, ambil peluang untuk teroka citarasa tempatan autentik. Di Resorts World Langkawi, kami mempunyai lima restoran dan bar yang menyajikan hidangan Asia dan Barat untuk memenuhi selera semua. Zest Boardwalk ialah restoran yang menyediakan makanan tengah hari dan makan malam yang indah menghadap marina, manakala Jingga Jingga Pizzeria membawa citarasa anda ke Riveria Itali dengan piza panas terus dari oven!

Jika anda lebih gemar menjamu selera di luar, terdapat banyak restoran yang terletak di tepi jalan di Resorts World Langkawi. Restoran Jepun Unkaizan terletak tidak terlalu jauh dari resort, dan anda bolehlah menikmati sashimi segar, atau jika anda menggemari citarasa tempatan, cuba Laksa Ikan Sekoq di gerai tepi jalan yang terletak berhampiran lapangan terbang di Pantai Cenang.

 

6. Ekspedisi aktiviti island-hopping

Image credit: @sarah_riangriatravel/ Instagram

Percutian anda ke Langkawi tidak lengkap tanpa aktiviti island-hopping! Aktiviti island-hopping ini mempunyai tiga perhentian utama. Persinggahan pertama ialah Pulau Dayang Bunting, sebuah pulau yang menyerupai gadis hamil apabila dilihat dari jauh. Di pulau ini, terdapat sebuah tasik air tawar yang dikatakan menyimpan khasiat mistik bagi membantu wanita yang mandul atau tidak boleh mempunyai anak untuk hamil selepas berendam ke dalam tasik air tawar. Anda juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti snorkeling, canoeing dan paddle canoeing.

Selepas itu, kapten bot akan membawa anda ke laut terbuka di mana ikon Dataran Helang Langkawi, Layang-Layang Brahminy bersarang berdekatan sana.

Aktiviti island-hopping berakhir di Pulau Beras Basah, di mana anda boleh meluangkan masa selama sejam untuk berjemur atau bersnorkeling. Walaupun terdapat gerai minuman dengan snek dan minuman ada terjual di sekitarl, persekitaran semula jadi oulau ini masih indah dan bersih bak tidak disentuh, menawarkan anda pengalaman unik yang anda tidak akan dapat rasai di pantai awam yang terletak di tepi pantai yang lain.

 

7. Kedai bebas cukai

3choco500x500

Image credit: @farrey.choco_langkawi/ Instagram

Langkawi bagaikan syurga membeli-belah kerana semua barangan yang dijual di pulau yang indah ini adalah bebas cukai! Daripada coklat ke bagasi, minyak wangi kepada alkohol, pembelian barangan bebas cukai boleh diakses dengan mudah kerana Resorts World Langkawi menawarkan perkhidmatan ulang-alik percuma buat tetamu ke Pantai Cenang untuk membeli-belah di kedai bebas cukai yang terdapat di sana. Selain Pantai Cenang, anda juga boleh ke pekan Kuah dan melawat Langkawi Parade untuk membeli-belah di kedai bebas cukai.
 

8. Menginap di resort pinggir laut

Image credit: @jeanyfc/ Instagram

Image credit: @ikhwanakub/ Instagram

Image credit: @isaazishak/ Instagram

Resorts World Langkawi merupakan resort tepi laut yang menawan dilengkapi dengan marina peribadi berlandskapkan pemandangan Laut Andaman yang megah. Destinasi berinspirasikan kepulauan kami menawarkan enam jenis bilik yang berbeza - daripada Signature Suite ke bilik Standard yang mesra bajet, terdapat pelbagai jenis bilik yang tersedia untuk anda.