Destinasi Berinspirasikan Kepulauan
 

Percutian escapade kepulauan peribadi hanya di Resorts World Langkawi.

Berlatarbelakangkan kehijauan hutan Langkawi UNESCO Global Geopark dan Dayang Bunting Marble Geoforest, resort kami menawarkan persekitaran yang tenang agar anda dapat berehat sepenuhnya dan bersantai di tengah-tengah keindahan alam semula jadi Langkawi.

Alami pelayaran matahari terbenam romantis di marina peribadi kami, atau bebaskan diri anda di kolam infinity pool menyaksikan pemandangan panoramik seascape yang mengasyikkan. Di Resorts World Langkawi, kami mempunyai lima restoran berkonsepkan rasa tempatan yang boleh anda cuba atau nikmati minuman yang terletak di pesisiran pantai. Apabila di sini, ambil peluang untuk manjakan tubuh anda di Taman Sari Royal Heritage Spa bertaraf lima bintang kami. Teroka percutian tropika terbaik dengan pengembaraan aktiviti seperti island-hopping untuk menyingkap keindahan permata tersembunyi Langkawi.

Resorts World Langkawi ialah destinasi bertemakan percutian tropika yang mengalu-alukan anda sekeluarga.

Segala keindahan bak syurga dunia tersedia ada di Resorts World Langkawi.

 

suite
 

Penginapan tepi pantai mesra Muslim

Resorts World Langkawi berbangga untuk menerima Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR Malaysia) oleh Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia dan Pusat Pelancongan Islam.

Jaminan Harga Terbaik